Dashyat nya syarikat bernama UDI property ni adalah kerana mereka pandai menipu dan buat silap mata (ala-ala kejap ada kejap tiada). Mana saya tak kata begitu mereka guna trick silap mata dalam progres projek sampai KPKT, Institusi kewangan dan beberapa agensi jadi gelap mata tak nampak kebenaran. Mana tak projek baru hampir 50 % mereka dah claim 80% punya duit dari institusi kewangan, itu pun ada orang kata kat saya itu tak salah tak boleh buat kes. Aiik parah mana punya undang2 diaa pakai saya pun tak tau, mungkin Pulau Pinang dah tak pakai undang2 Malaysia kot.
Satu lagi ambil deposit booking dari pembeli dan mereka janji bila pinjaman lulus nak kembalikan, haram sesen pun belum pulangkan bukan sikit tau bermula dari RM500 hinggalah RM20000. Apa wayang duk main ni, report dah sana sini tapi tak jalan juga, kebal betul UDI property ni. Satu lagi saya pernah mengadu kat KPKT tentang bayaran LADdimana pemaju tak mau bayar tunai dia cuma nak bagi kipas angin harga RM 100 dan Grill depan ja , jawapan dari KPKT amat mengecewakan dimana pegawai tersebut beritahu itu diantara pembeli dan pemaju , saya menambah sekarang UDI cam memaksa kami. Pegawai tersebut jawab terpulang pada kami nak terima atau tak. Malah dia juga memberi nasihat yg berbunyi lebih kurang pemahaman saya begini - "Kamu boleh tuntut tapi kalu depa tak mau bayar tak leh buat apa". Jadi bodoh saya sejenak sampai senak perut terkejut satu pegawai jawap begitu. Jadi apa guna tribunal dan KPKT bila tak boleh beri keadilan terhadap pembeli asyik sokong pemaju ja.
Oleh itu saya harap pihak berkuasa terutama SPRM, KPKT, Polis dan lain-lain agensi dapat membuat penyiasatan yang telus dan adil. Saya tak menuduh mana-mana pihak cuma kalau ada pun "kautim" atau pun yang sejenis dengannya tolong la bagi balik kat UDI bukan apa tak berkat anak bini makan duit haram. kesian rakyat dari pelbagai latar belakang ni duk mengharapkan rumah siap, harap kerajaan dan PM Najib bantu lah kami ni. Okay lah Salam 1Malaysia dan Salam PRU 14 (opps lambat lagi sorry)
*** Satu lagi saya sedia disiasat & membantu siasatan serta bertanggungjawap sepenuhnya terhadap kenyataan diatas.
Diwujudkan khas untuk para pembeli Projek Perumahan The Golf Garden mencurahkan ketidak puasan hati mereka terhadap pemaju.
Menu
Saturday, 15 July 2017
Niat Nak Mengadu rupanya temui jalan buntu
Lama dah tak post kat sini bukan apa lupa sudah bahawasanya ada beli rumah kat sini, Hari ni saya nak beritahu satu info menarik yang saya baru dapat. Info ini saya dapat daripada seorang peguatkuasa undang2 (jabatan tak leh habaq la kat sini). Salah satu ayat beliau berbunyi lebih kurang pemahaman saya ialah " Penipuan deposit booking rumah yang di lakukan oleh UDI bukanlah penipuan yang boleh diambil tindakan , sbb ini isu perumahan"
Jadi saya pun dengan muka penuh "blur X2k" pun terus mengiakan, akan tetapi semasa perjalanan pulang saya terfikir. Wah seronok la si penipu UDI sbb dilindungi oleh undang-undang. Menipu saja berlindung disebalik akta perumahan dan dari pemikiran saya yg blur ni saya rasa akta perumahan yang ada sekarang tidak melindungi pembeli malah melindungi pemaju penipu mcm UDI property.
Jadi saya berharap pihak kerajaan seperti KPKT, Jabatan Peguam Negara, Polis dan SPRM perlu melihat semula akta dan undang-undang dinegara ini bagi melindungi hak pembeli rumah yang sering teranaiya oleh sikap segelintir pemaju penipu sperti UDI property. Malah saya rasa pihak SPRM patut menyiasat kes The Golf Garden ini kerana pihak pembeli telah menemui banyak salah laku yang dilakukan oleh pihak UDI property. Sekiranya diperlukan saya akan tampil memberi keterangan bagi pihak pembeli dan saya yakin pembeli yang lain juga sudi berbuat demikian.
Jadi saya pun dengan muka penuh "blur X2k" pun terus mengiakan, akan tetapi semasa perjalanan pulang saya terfikir. Wah seronok la si penipu UDI sbb dilindungi oleh undang-undang. Menipu saja berlindung disebalik akta perumahan dan dari pemikiran saya yg blur ni saya rasa akta perumahan yang ada sekarang tidak melindungi pembeli malah melindungi pemaju penipu mcm UDI property.
Jadi saya berharap pihak kerajaan seperti KPKT, Jabatan Peguam Negara, Polis dan SPRM perlu melihat semula akta dan undang-undang dinegara ini bagi melindungi hak pembeli rumah yang sering teranaiya oleh sikap segelintir pemaju penipu sperti UDI property. Malah saya rasa pihak SPRM patut menyiasat kes The Golf Garden ini kerana pihak pembeli telah menemui banyak salah laku yang dilakukan oleh pihak UDI property. Sekiranya diperlukan saya akan tampil memberi keterangan bagi pihak pembeli dan saya yakin pembeli yang lain juga sudi berbuat demikian.
Thursday, 27 April 2017
Sekalung Tahniah buat UDI Property & staff
Tahniah buat UDI Property kerana berjaya mengekalkan 'ranking' dalam carta 11 projek ter-sakit dengan menduduki tempat ke 4 & 5. Berbangganya serta berbangla-nya aku sebagai salah seorang pembeli kerana mempunyai pemaju yang selalu masuk carta 'Top 11'. Mereka juga mempunyai staff yang tidak kurang hebatnya dari segi kekurangan ajaran & serta biadap. Malah salah satu 'higher management boss' la konon nya telah dengan bangga nya membuat kenyataan yang berbunyi lebih kurang begini 'Biar lambat dan sakit dari pada kami istihar terbengkalai. Ternyata mereka tidak kisah serta tidak merasa bertanggungjawab bagi mempercepatkan masa siap projek 'Jawi Golf Garden' & Taman Golf Garden walaupun ada yang dah menunggu hampir 6 tahun untuk menduduki rumah baharu mereka. Ada yang sudah membayar 1/6 dari jumlah pinjaman perumahan tetapi rumah masih belum siap. Saya berharap pihak pengurusan UDI Property fikirkanlah bab dosa pahala dan juga tak berkat syarikat kita bila sering di maki hamun oleh pembeli. Okay la itu saja setakat ini. Renung2kan lah!!!!!!!
![]() |
Senarai Projek Sakit sehingga Feb 2017 |
Friday, 6 January 2017
AMBIL KISAH HAK ANDA : 5 perkara yang anda wajib lakukan sebelum membuat keputusan membeli rumah dengan pemaju
Membeli hartanah bukanlah semudah membeli barang di kedai runcit. Ada prosedur penting yang perlu anda tahu sebelum membeli rumah dengan pemaju.
Di sini saya senaraikan 5 checklist penting yang anda kena lakukan sebelum membuat keputusan membeli sesuatu rumah dengan pemaju.
1. Lakukan Carian Tentang Syarikat Pemaju
Sebelum anda putuskan untuk membeli rumah dengan sesebuah syarikat pemaju, selidik dahulu latar belakang pemaju tersebut. Cuba dapatkan sedikit gambaran tentang syarikat tersebut. Saya amat galakkan anda untuk membuat carian syarikat (company search) untuk mengetahui maklumat-maklumat penting tentang syarikat tersebut.
Melalui carian syarikat, anda boleh mengetahui tentang status syarikat tersebut sama ada ia syarikat berdaftar ataupun tidak, sama ada ia masih aktif, dan tidak digulungkan (wound-up) atau sebaliknya.
Anda juga boleh tahu bilakah syarikat tersebut ditubuhkan dan adakah syarikat tersebut didaftarkan sebagai syarikat yang menjalankan perniagaan pemajuan hartanah ataupun tidak (kerana banyak syarikat yang buat bisnes hartanah, tetapi sebenarnya syarikat tersebut tidak pun didaftarkan sebagai syarikat yang mana perniagaannya adalah pemajuan hartanah).
Melalui carian syarikat juga anda boleh mengetahui siapakah pemegang saham syarikat tersebut, ahli lembaga pengarah dan juga modal berbayar (paid-up capital) serta untung rugi syarikat tersebut. Maklumat tersebut dapat memberi gambaran awal kepada anda, tentang sejauh manakah establishnya serta kemampuan syarikat tersebut untuk memajukan sesuatu projek hartanah.
Kalau syarikat yang modal berbayarnya (paid-up capitalnya) hanyalah RM2 atau baru seminggu didaftarkan, bagaimanakah anda boleh meyakini ia mampu melaksanakan satu projek perumahan yang melibatkan 100 unit buah rumah misalnya. Bagi saya gambaran awal sebegitu amat penting dalam kita menilai sesuatu.
2. Semak Pengalaman Dan Track Record Pemaju
Saya amat menyarankan anda membuat semakan tentang pengalaman dan track record pemaju tersebut dalam bidang hartanah, dan berapa banyakkah projek perumahan yang pemaju tersebut telah bina dan siapkan.
Caranya adalah dengan menghubungi Bahagian Perlesenan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk mengetahui tentang pengalaman syarikat tersebut dalam bidang hartanah.
Melalui semakan tersebut anda boleh tahu:
– Berapa banyakkah projek perumahan yang mereka telah bina dan siapkan dengan sempurna?
– Berapa banyakkah projek perumahan mereka yang lewat atau terbengkalai?
– Adakah pemaju atau mana-mana ahli lembaga pengarahnya pernah disabitkan dengan apa-apa pertuduhan atau kesalahan di bawah Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan)?
– Adakah pemaju tersebut pernah kena black list oleh kementerian?
Dan lain-lain maklumat yang berkenaan lagi
Melalui maklumat tersebut juga anda dapat membuat penilaian sejauh manakah bersihnya track record syarikat pemaju tersebut. Kalau anda sudah mengetahui yang syarikat tersebut ada projeknya pernah terbengkalai dan bermasalah, eloklah jangan ambil risiko untuk membeli hartanah yang dibina olehnya.
3. Semak Status Lesen Pemajuan Perumahan Pemaju
Sila semak juga dengaan kementerian sama ada pemaju tersebut telah memperoleh lesen pemajuan perumahan serta permit iklan dan jualan atau tidak untuk sesuatu projek perumahan yang didirikan tersebut.Lesen pemajuan perumahan dan permit iklan dan jualan ini perlu diperolehi oleh mana-mana syarikat pemaju, sebelum mereka boleh memulakan pembinaan sesuatu projek perumahan dan menawarkannya untuk jualan kepada orang ramai.
Adalah satu kesalahan di bawah Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) bagi mana-mana pemaju yang gagal mendapatkan kelulusan lesen dan permit tersebut.
Biasanya syarikat yang telah memperolehi lesen pemajuan perumahan dan permit iklan dan jualan ini, mereka dikehendaki menulis, dan memaparkan nombor lesen dan permit tersebut dalam setiap notice board atau pampalet/ broucher yang mereka keluarkan.
Walaubagaimanapun, untuk pengesahan, sila semak dengan kementerian tentang nombor lesen pemajuan dan permit iklan dan jualan tersebut sama ada ianya benar-benar telah diluluskan dan sah (valid).
4. Minta Salinan Geran Hartanah Daripada Pemaju
Setelah anda meyakini yang syarikat tersebut benar-benar berpengalaman dan kukuh dalam melaksanakan sesuatu projek perumahan, bolehlah anda berurusan dengan mereka untuk mengetahui maklumat terperinci tentang rumah yang anda ingin beli tersebut.Satu perkara yang saya ingin ingatkan, sebelum anda putuskan untuk membeli rumah tersebut, macam biasa, sila minta salinan geran rumah tersebut daripada pemaju, dan lakukanlah carian persendirian di pejabat tanah. Sila minta minta daripada pemaju salinan Lesen Pemajuan Perumahan dan Permit Iklan dan Jualan untuk projek tersebut sebagai pengesahan.
5. Fahami Terma-terma Penting Dalam Perjanjian Jual Beli Sebelum Menandatanganinya
Jika anda telah berpuas hati dengen keadaan fizikal, status tanah, harga dan lain-lain berkenaan hartanah tersebut, barulah anda memasuki perjanjian jual beli dengan pemaju. Jangan sama sekali anda tergesa-gesa untuk tanda tangan perjanjian jual beli selagi anda masih belum berpuas hati dengan hartanah tersebut.Masa inilah anda boleh bertanya, minta dan clarify apa sahaja dengan pemaju. Kerana setelah anda menandatangani perjanjian jual beli kelak, anda dianggap telah terikat dengan terma-terma perjanjian jual beli tersebut dan kebiasaannya, pemaju pun sudah agak kurang minat untuk melayan anda, sebab mereka sudah berjaya mengikat anda.
Seboleh-bolehnya, baca dan cuba fahami terma-terma penting yang terdapat di dalam perjanjian jual beli sebelum anda menandatanganinya. Tanyakan apa sahaja tentang terma perjanjian jual beli tersebut kepada peguam yang telah dilantik.
Sesetengah Pemaju akan minta anda menandatangani perjanjian jual beli tersebut di hadapan mereka. Sebenarnya, anda berhak untuk minta, agar perjanjian jual beli tersebut ditandatangan di hadapan peguam, supaya anda boleh bertanyakan apa sahaja berkaitan perjanjian jual beli tersebut kepada peguam. Setelah anda betul-betul berpuas hati, barulah anda tandatangan perjanjian jual beli tersebut.
Sumber artikel disini (halalmoney.my)
Penulis Artikel & Sumber Asal : Facebook Tuan Salkukhairi Abd Sukor
Penulis Artikel & Sumber Asal : Facebook Tuan Salkukhairi Abd Sukor
Subscribe to:
Posts (Atom)