Menu

Showing posts with label perumahan. Show all posts
Showing posts with label perumahan. Show all posts

Friday, 6 January 2017

AMBIL KISAH HAK ANDA : 5 perkara yang anda wajib lakukan sebelum membuat keputusan membeli rumah dengan pemaju



Membeli hartanah bukanlah semudah membeli barang di kedai runcit. Ada prosedur penting yang perlu anda tahu sebelum membeli rumah dengan pemaju.


Di sini saya senaraikan 5 checklist penting yang anda kena lakukan sebelum membuat keputusan membeli sesuatu rumah dengan pemaju.

1. Lakukan Carian Tentang Syarikat Pemaju



Sebelum anda putuskan untuk membeli rumah dengan sesebuah syarikat pemaju, selidik dahulu latar belakang pemaju tersebut. Cuba dapatkan sedikit gambaran tentang syarikat tersebut. Saya amat galakkan anda untuk membuat carian syarikat (company search) untuk mengetahui maklumat-maklumat penting tentang syarikat tersebut.


Melalui carian syarikat, anda boleh mengetahui tentang status syarikat tersebut sama ada ia syarikat berdaftar ataupun tidak, sama ada ia masih aktif, dan tidak digulungkan (wound-up) atau sebaliknya.


Anda juga boleh tahu bilakah syarikat tersebut ditubuhkan dan adakah syarikat tersebut didaftarkan sebagai syarikat yang menjalankan perniagaan pemajuan hartanah ataupun tidak (kerana banyak syarikat yang buat bisnes hartanah, tetapi sebenarnya syarikat tersebut tidak pun didaftarkan sebagai syarikat yang mana perniagaannya adalah pemajuan hartanah).


Melalui carian syarikat juga anda boleh mengetahui siapakah pemegang saham syarikat tersebut, ahli lembaga pengarah dan juga modal berbayar (paid-up capital) serta untung rugi syarikat tersebut. Maklumat tersebut dapat memberi gambaran awal kepada anda, tentang sejauh manakah establishnya serta kemampuan syarikat tersebut untuk memajukan sesuatu projek hartanah.


Kalau syarikat yang modal berbayarnya (paid-up capitalnya) hanyalah RM2 atau baru seminggu didaftarkan, bagaimanakah anda boleh meyakini ia mampu melaksanakan satu projek perumahan yang melibatkan 100 unit buah rumah misalnya. Bagi saya gambaran awal sebegitu amat penting dalam kita menilai sesuatu.

2. Semak Pengalaman Dan Track Record Pemaju


Saya amat menyarankan anda membuat semakan tentang pengalaman dan track record pemaju tersebut dalam bidang hartanah, dan berapa banyakkah projek perumahan yang pemaju tersebut telah bina dan siapkan.

Caranya adalah dengan menghubungi Bahagian Perlesenan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk mengetahui tentang pengalaman syarikat tersebut dalam bidang hartanah.

Melalui semakan tersebut anda boleh tahu:

– Berapa banyakkah projek perumahan yang mereka telah bina dan siapkan dengan sempurna?

– Berapa banyakkah projek perumahan mereka yang lewat atau terbengkalai?

– Adakah pemaju atau mana-mana ahli lembaga pengarahnya pernah disabitkan dengan apa-apa pertuduhan atau kesalahan di bawah Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan)?

– Adakah pemaju tersebut pernah kena black list oleh kementerian?

Dan lain-lain maklumat yang berkenaan lagi

Melalui maklumat tersebut juga anda dapat membuat penilaian sejauh manakah bersihnya track record syarikat pemaju tersebut. Kalau anda sudah mengetahui yang syarikat tersebut ada projeknya pernah terbengkalai dan bermasalah, eloklah jangan ambil risiko untuk membeli hartanah yang dibina olehnya.

3. Semak Status Lesen Pemajuan Perumahan Pemaju

Sila semak juga dengaan kementerian sama ada pemaju tersebut telah memperoleh lesen pemajuan perumahan serta permit iklan dan jualan atau tidak untuk sesuatu projek perumahan yang didirikan tersebut.

Lesen pemajuan perumahan dan permit iklan dan jualan ini perlu diperolehi oleh mana-mana syarikat pemaju, sebelum mereka boleh memulakan pembinaan sesuatu projek perumahan dan menawarkannya untuk jualan kepada orang ramai.

Adalah satu kesalahan di bawah Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) bagi mana-mana pemaju yang gagal mendapatkan kelulusan lesen dan permit tersebut.

Biasanya syarikat yang telah memperolehi lesen pemajuan perumahan dan permit iklan dan jualan ini, mereka dikehendaki menulis, dan memaparkan nombor lesen dan permit tersebut dalam setiap notice board atau pampalet/ broucher yang mereka keluarkan.

Walaubagaimanapun, untuk pengesahan, sila semak dengan kementerian tentang nombor lesen pemajuan dan permit iklan dan jualan tersebut sama ada ianya benar-benar telah diluluskan dan sah (valid).

4. Minta Salinan Geran Hartanah Daripada Pemaju

Setelah anda meyakini yang syarikat tersebut benar-benar berpengalaman dan kukuh dalam melaksanakan sesuatu projek perumahan, bolehlah anda berurusan dengan mereka untuk mengetahui maklumat terperinci tentang rumah yang anda ingin beli tersebut.

Satu perkara yang saya ingin ingatkan, sebelum anda putuskan untuk membeli rumah tersebut, macam biasa, sila minta salinan geran rumah tersebut daripada pemaju, dan lakukanlah carian persendirian di pejabat tanah. Sila minta minta daripada pemaju salinan Lesen Pemajuan Perumahan dan Permit Iklan dan Jualan untuk projek tersebut sebagai pengesahan.

5. Fahami Terma-terma Penting Dalam Perjanjian Jual Beli Sebelum Menandatanganinya

Jika anda telah berpuas hati dengen keadaan fizikal, status tanah, harga dan lain-lain berkenaan hartanah tersebut, barulah anda memasuki perjanjian jual beli dengan pemaju. Jangan sama sekali anda tergesa-gesa untuk tanda tangan perjanjian jual beli selagi anda masih belum berpuas hati dengan hartanah tersebut.

Masa inilah anda boleh bertanya, minta dan clarify apa sahaja dengan pemaju. Kerana setelah anda menandatangani perjanjian jual beli kelak, anda dianggap telah terikat dengan terma-terma perjanjian jual beli tersebut dan kebiasaannya, pemaju pun sudah agak kurang minat untuk melayan anda, sebab mereka sudah berjaya mengikat anda.

Seboleh-bolehnya, baca dan cuba fahami terma-terma penting yang terdapat di dalam perjanjian jual beli sebelum anda menandatanganinya. Tanyakan apa sahaja tentang terma perjanjian jual beli tersebut kepada peguam yang telah dilantik.

Sesetengah Pemaju akan minta anda menandatangani perjanjian jual beli tersebut di hadapan mereka. Sebenarnya, anda berhak untuk minta, agar perjanjian jual beli tersebut ditandatangan di hadapan peguam, supaya anda boleh bertanyakan apa sahaja berkaitan perjanjian jual beli tersebut kepada peguam. Setelah anda betul-betul berpuas hati, barulah anda tandatangan perjanjian jual beli tersebut.


Sumber artikel disini (halalmoney.my)

Penulis Artikel & Sumber Asal : Facebook Tuan Salkukhairi Abd Sukor

Thursday, 29 December 2016

Pemulihan Projek Perumahan Terbengkalai (video)

Harap-haraplah hak kami juga akan terbela seperti mereka didalam video ini, Diharap Pengarah UDI Property Sdn Bhd a.k.a Amal Bersih ENCIK MOHD RUSHDI BIN HASSAN & PUAN NORLIM BINTI ARIFFIN  dapat turun padang dan menyelesaikan isu projek Perumahan "Dalca" The Golf Garden ni.


** Istilah KPKT cuma ada projek lewat, sakit & terbengkalai, tapi saya buat katogeri sendiri iaitu projek "Dalca". Sebab saya kata projek ni katogeri "Dalca" adalah kerana  projek ini pernah terbengkalai, sakit & sekarang lewat, jadi campur semua ni jadilah projek " Dalca"
Kalau ada yg nak kata aku gila pun kata la mmg aku dah hilang kewarasan sikit kerana isu rumah ini.

Wednesday, 28 December 2016

Pembeli rumah masih kabur dengan nasib mereka

Aku tak pasti bilakah rumah ini akan disiapkan, Beribu alasan diberi oleh Mr K & Kak S. Jawatan kuasa bertindak telah ditubuhkan, Exco perumahan P.Pinang serta Adun Jawi juga telah campur tangan akan tetapi UDI property masih juga gagal menyiapkan rumah kami, Mereka juga telah mengambil 80% bayaran. Bantahan juga telah dibuat pada 25 Oktober 2015 (setahun lepas) lihat video dibawah



Selepas setahun dua bulan iaitu hari ini 28 Disember rumah masih belum disiapkan, perbincangan demi perbincangan dijalankan akan tetapi pihak pemaju masih gagal memberi satu kata putus.

Oleh itu sebagai pembeli saya amat berharap campur tangan pihak Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan , Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Perumahan Negara (JPN) , Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Majlis Perbandaran Seberang Perai dan lain-lain agensi berkaitan bagi menyelesaikan isu rumah kami ini.

Rumah tidak diserahkan seperti yang dijanjikan

NIBONG TEBAL: Kira-kira 30 pembeli marah dengan pemaju perumahan kerana tidak berpegang pada janji untuk menyerahkan rumah mereka seperti yang dijanjikan pada tahun lepas di Taman Golf Taman, Jalan Bukit Jawi di sini.
Pengerusi jawatankuasa badan tindakan Fadzli Malik, 29, berkata dia telah menempah sebuah rumah setingkat RM220,000 dengan pemaju pada tahun 2013 yang berjanji rumah itu akan siap dan kunci diserahkan kepada beliau pada tahun 2014.
Jurutera itu berkata pemaju asyik menangguhkan penyerahan kunci setiap kali dia bertanya.
"Kakitangan pemaju telah memberi alasan yang berbeza kepada pembeli, memberitahu sebahagian daripada mereka dalam tempoh enam bulan dan kemudian menangguhkan hingga tiga bulan lagi dan sebagainya. Ia amat mengelirukan dan sekarang kita tidak pasti bila kita akan mendapat kunci rumah , "katanya kepada pemberita dalam satu sidang media hari ini.
Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri Jawi Soon Lip Chee dan Seberang Perai Majlis Perbandaran H'ng Mooi Lye.
Projek Perumahan berkenaan dipercayai merupakan pembangunan bercampur yang terdiri daripada kos rendah, kos sederhana dan mampu milik dengan harga antara antara RM42,000 dan RM575,000 pada 2010 dan dijadual siap pada 2012.
Beliau berkata pembeli membentuk jawatankuasa untuk menyelesaikan isu ini dengan pemaju dan juga untuk mendapatkan bantuan dengan pihak berkuasa yang berkaitan dan ahli politik.
Beliau berkata mereka kini dilarang untuk melawat tapak perumahan tersebut oleh pemaju tanpa memberi apa-apa sebab.
"Kami membawa perkara itu kepada perhatian Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) dan terkejut apabila mengetahui bahawa pemaju tidak memohon kelulusan Kebenaran Merancang pembangunan ini, Pelan Bangunan dan Sijil Pekerjaan (OC)," katanya.
Fadzli berharap perkara itu akan diberi perhatian kerana ia menjadi beban kewangan bagi mereka kerana terpaksa  membayar ansuran pinjaman perumahan dan  sewa rumah yang mereka duduki sekarang sementara menunggu kunci.

Di terjemahkan dari artikel online http://www.thesundaily.my/news/1593111
Posted pada 25 Oktober 2015 - 21:01 
Kali terakhir dikemas kini pada 26 Oktober 2015 - 00:33
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...