Menu

Saturday, 15 July 2017

Sakit otak fikir pasal UDI Property (A.K.A Amal Bersih) Penipu

Dashyat nya syarikat bernama UDI property ni adalah kerana mereka pandai menipu dan buat silap mata (ala-ala kejap ada kejap tiada). Mana saya tak kata begitu mereka guna trick silap mata dalam progres projek sampai KPKT, Institusi kewangan dan beberapa agensi jadi gelap mata tak nampak kebenaran. Mana tak projek baru hampir 50 % mereka dah claim 80% punya duit dari institusi kewangan, itu pun ada orang kata kat saya itu tak salah tak boleh buat kes. Aiik parah mana punya undang2 diaa pakai saya pun tak tau, mungkin Pulau Pinang dah tak pakai undang2 Malaysia kot.
Satu lagi ambil deposit booking dari pembeli dan mereka janji bila pinjaman lulus nak kembalikan, haram sesen pun belum pulangkan bukan sikit tau bermula dari RM500 hinggalah RM20000. Apa wayang duk main ni, report dah sana sini tapi tak jalan juga, kebal betul UDI property ni. Satu lagi saya pernah mengadu kat KPKT tentang bayaran LADdimana pemaju tak mau bayar tunai dia cuma nak bagi kipas angin harga RM 100  dan Grill depan ja , jawapan dari KPKT amat mengecewakan dimana pegawai tersebut beritahu itu diantara pembeli dan pemaju , saya menambah sekarang UDI cam memaksa kami. Pegawai tersebut jawab terpulang pada kami nak terima atau tak. Malah dia juga memberi nasihat yg berbunyi lebih kurang pemahaman saya begini - "Kamu boleh tuntut tapi kalu depa tak mau bayar tak leh buat apa". Jadi bodoh saya sejenak sampai senak perut terkejut satu pegawai jawap begitu. Jadi apa guna tribunal dan KPKT bila tak boleh beri keadilan terhadap pembeli asyik sokong pemaju ja.

Oleh itu saya harap pihak berkuasa terutama SPRM, KPKT, Polis dan lain-lain  agensi dapat membuat penyiasatan yang telus dan adil. Saya tak menuduh mana-mana pihak cuma kalau ada pun "kautim" atau pun yang sejenis dengannya tolong la bagi balik kat UDI bukan apa tak berkat anak bini makan duit haram. kesian rakyat dari pelbagai latar belakang ni duk mengharapkan rumah siap, harap kerajaan  dan PM Najib bantu lah kami ni. Okay lah Salam 1Malaysia dan Salam PRU 14 (opps lambat lagi sorry)

*** Satu lagi saya sedia disiasat & membantu siasatan serta bertanggungjawap sepenuhnya terhadap kenyataan diatas.

5 comments:

  1. bila rumah ni nak siap agaknya

    ReplyDelete
  2. TUAN / PUAN
    BOLEH SESIAPA BAGI TAHU SAYA BILAKAH BARU DAPAT CF UNTUK RUMAH KITA
    TQ

    CHIN

    ReplyDelete
  3. sedihnya macam mana la rumah kita semua ni, takde update anything zero

    ReplyDelete
  4. Ada apa2 perkembangan baru ke?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...